arrow_back Semua panduan
rocket_launch Penganjur (EO) 7 langkah smart_display 1:16 minit

Mula guna: papan pemuka dan tetapan organisasi

Kenali papan pemuka dan menu, kemudian lengkapkan profil organisasi, akaun bank, gateway pembayaran dan pasukan anda.

format_list_numbered

Langkah demi langkah

  1. 1

    Log masuk

    Log masuk dengan akaun pemilik. Papan pemuka menunjukkan permohonan menunggu, booking, hasil dan baki belum dikutip.

  2. 2

    Kenali menu

    Menu kiri disusun ikut aliran kerja: Operasi Event, Vendor & Saringan, Kewangan, Hari Event dan Pentadbiran. Lencana merah bermaksud perlu tindakan.

  3. 3

    Lengkapkan profil organisasi

    Tetapan → Organisasi: nama, logo, warna jenama dan alamat. Vendor melihat jenama anda, bukan jenama kami.

  4. 4

    Tetapkan akaun bank dan invois

    Tetapan → Kewangan & Invois: akaun bank untuk bayaran pindahan dan butiran yang dicetak pada invois.

  5. 5

    Sambung gateway pembayaran

    Tetapan → Payment Gateway: masukkan kunci CHIP atau Billplz anda. Duit vendor masuk terus ke akaun anda.

  6. 6

    Jemput pasukan anda

    Pengguna & Kebenaran → Jemput Staf. Pilih peranan; kebenaran setiap modul boleh diperhalusi kemudian.

  7. 7

    Carian pantas

    Kotak carian di atas (Ctrl K) mencari vendor, event dan nombor rujukan dari mana-mana skrin.

lightbulb

Tip

  • tips_and_updates UrusVendor tidak pernah memegang duit vendor — bayaran masuk terus ke akaun gateway atau bank anda.
  • tips_and_updates Staf sambilan biasanya diberi peranan Staf: boleh bekerja di tapak tanpa kuasa meluluskan permohonan.
help

Soalan lazim

Perlukah saya ada gateway pembayaran? expand_more

Tidak wajib. Tanpa gateway, vendor membayar melalui pindahan bank dan memuat naik bukti untuk anda sahkan.

Siapa boleh melihat data kewangan? expand_more

Ditentukan oleh peranan dan kebenaran modul di Pengguna & Kebenaran. Setiap tindakan direkod dalam Log Aktiviti.