Dasar Privasi
1. Maklumat yang kami kumpul
Kami mengumpul maklumat yang anda berikan secara langsung: nama, e-mel, nombor telefon, nama syarikat dan maklumat perniagaan yang anda masukkan ke dalam sistem.
2. Bagaimana kami menggunakannya
Maklumat digunakan untuk menyediakan perkhidmatan, menghantar notifikasi berkaitan akaun dan event anda, serta menyokong anda apabila diperlukan.
3. Pembayaran
Kami tidak memegang atau memproses dana pihak ketiga. Bayaran vendor mengalir terus melalui akaun payment gateway berlesen milik penganjur. Kami hanya merekod status transaksi.
4. Perkongsian maklumat
Kami tidak menjual maklumat anda. Maklumat hanya dikongsi dengan penyedia perkhidmatan yang membantu kami mengendalikan platform (hosting, e-mel), tertakluk kepada perjanjian kerahsiaan.
5. Keselamatan
Kata laluan dihash, kelayakan gateway disulitkan semasa rehat, dan setiap organisasi diasingkan pada peringkat pangkalan data.
6. Hak anda
Anda boleh mengakses, membetulkan atau mengeksport data anda pada bila-bila masa melalui sistem, atau dengan menghubungi kami.
7. Hubungi
Sebarang pertanyaan berkenaan dasar ini boleh dihantar melalui halaman Hubungi Kami.